27 Ogos 2015, jam 7.45 PM, alhamdulillah blog Milo O FX telah saya wujudkan sebagai medan perkongsian ilmu forex yang sebenar.
Berhenti daripada terus ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah matlamat perjuangan saya ntuk menghapuskan aktiviti scam pelaburan yang menjanjikan pelbagai bentuk dan pakej pulangan dalam ruangan maya ini.
Kita perlu sedar, dalam menuju impian sebagai seorang trader yang berjaya tidaklah semudah seperti berjalan di atas hamparan karpet merah! Segalanya memerlukan usaha dan kesabaran yang utuh dan kemahuan yang sangat tinggi tanpa mengenal erti putus asa untuk terus belajar, belajar dan terus belajar.
Berhenti menjadi pendepo tegar! Matlamat blog ini untuk melahirkan traders yang berjaya!
Jangan buang masa! Melepak, sembang sampai tengah malam tanpa sebarang input ilmu, kedudukan tidak mungkin berubah dan akan berada di tempat yang sama selama-lamanya. Berubahlah!
Baiklah, terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan dan perkongsian saya di ruangan facebook dan juga telegram, insyaallah saya cuba untuk memantapkan blog ini agar menjadi rujukan kita bersama. Andai ada tersilap, saya mohon untuk diperbetulkan oleh anda semua, andai ada ilmu baharu yang ingin dikongsikan, jangan malu-malu, sila emailkan kepada saya!
Saya membuka blog ini untuk dijadikan perkongsian buat semua traders forex tidak kira di mana anda berada. Andai ada sebarang artikel, teknik mahupun analisis yang anda ingin kongsikan, jangan malu jangan segan, sila emailkan kepada admin.
Saya seorang pemburu ilmu, dan belajar dengan banyak guru forex, jadi saya nak bagitau di sini awal-awal segala ilmu yang ada di sini, mungkin akan sama dengan teknik yang ada di luar sana, jadi saya mohon agar tidak dipersalahkan mengenai perkara ini, saya pun rasa pelik mengapa sesebuah teknik itu perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum? Kalau ia berguna, sebarkan, simpan buat apa? Bikin jeruk ke bang? Ha ha ha..
tq!

No comments:
Post a Comment